Tukar,tukar,tukar!!!!

salam

dulu masa di sk aku ambk sains tulin teknologi so harapan nak ambk bidang perubatan memg susah laaa sbb aku x ambk bio gan sains.so x pa laaa aku rasa aku nk jd jurutera laa lepas result kuar aku x dapt tawaran mna2 pon(yg swasta ada laa) then aku dapat masuk f6 kat Ksah tp aku tukar aku masuk f6 di smk mahsuri bru mula nk kenal membr2 f6 aku dapat tawarn politeknik pulak...aku fikir2 baik aku pegi poli soa aku tukar lagi aku masuk poli pulak.di poli bess sngt,,seblm nii aku dngr org kata poli niii x setanding u laa apa laa tp bg aku poli niii setaraf gan u jaaa,,masa aku sem satu aku dapt tawaran intrvw spa untuk jawatn latihan penolong pegawai perubatan,so aku pegi laa try tuk ambk pengalaman,,fuhhh memg mencabar intrvw dia sbb yg datg bukn calang2 org,so result dia seprti yg d jgka aku x dapt then aku teruskan sja stdy aku kat poli masa sem dua tiba2 aku dapat lg tawaran intrvw spa tapi kali nii tuk 2 jawtn latihan penolg pegawai perubatan dngn latihan penolong pegawai kesihatan persekitaran.intrvw dia lepas aku final sem dua so x smpt sngt nk stdy tuk intrvw tuu sbb kalut dengat final so aku tawakal sja laaa pegi.sampai jaaa kat tmpt intrvw tuu baru aku sedar aku x bawak surat beranak,,dalam hati dah tau dahh mestiii abis laaa intrvw aku niii then aku call kak aku suruh bawa surt brank aku naseb laaa x jauh,then bila dah pegi sah nama apa semua ada stu lagi pulakkk,,aku punya sijil spm x pegi ambk kat sk lagi yg ada slip spm jaaa,,emmmmm tahan telinga jaa la dengan pakcik yg jaga kat spa tuu duk ceramah kat aku dia kata ang p balik laaa dah tau dah ang memg x dapt pnya,,,masa tuuu dh down glaa.then aku fikir biar laa papon nk jadi aku tawakl jaaa,,,bila dah d intrvw smua aku pon tunggu jaa result dia then bila dah smpai waktu diaa hati takuttt sngt nk tgk tp nk tgk jgk bla buka jaaaaaaaa
besss sngt bila dapt tau tuu so skrg nii nak kena prepare borg paa smua tuk tukar pegi negeri 9 lak..tuk ambik diploma pembatu perubatan atas latihan penolong pegawai perubatan..so setakat nii saja lepas nii bila aku dah pegi aku akn cita pulak mcm mna blajar kat sana byee salam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

MAEL LAMBONG

MAEL LAMBONG
Sinopsis Penarik kereta profesional yang terkenal dari Jalan Alor hingga ke Jalan Ampang...
Lakonan Zizan Razak, Taiyuddin Bakar, Juliana Evans, Shenthy Feliziana

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

kesan radiasi telefon bimbit

salam

Ini artikel yang aku bru jumpa mengenai radiasi telefon bimbit.Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.
Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu. Soalan-soalan Lazim:
Apakah itu E.M.R? E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.
Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro? Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.
Adakah telefon bimbit membahayakan? Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit. Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.
Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap? Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit. Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.
Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah' Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.
Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia' Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA. (Sumber dari BBC News)
Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik. (Sumber dari CNN, Dis 2008)
Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden. (Sumber dari 'The Total Sweden News in English')
Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20. (Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)
Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit. (Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

rakan kawan sahabat teman

salam,

rakan kawan sahabat ataupun teman adalah memberi maksud yang sama.setiap manusia memerlukan kawan kerana kita akan bersama dengan kawan kita setiap waktu,,ketika kita di skolah kita ada rakan sekelas rakan sekelab dan apabila kita di rumah kita juga ada rakan kita iaitu ibu kita yang menjadi sebagai rakan yg paling setia.tp rakan yang sentiasa berada bersama kita ketika bangun jatuhnya kita susah untuk di cari.melalui rakan juga boleh bertukar menjadi sepasang kekasih tp ingat kekasih itu tidak mungkin menjadi rakan bla hubungan itu sudah tiada.kita perlu ingat orang yg boleh menjatuhkan kita ialah org yang rapat dengan kita.tetapi shabat jugalah yg bnyak membntu kita dalam pelbagai perkara,,oleh itu biar lah kita bnyak kawan dan dalam bnyak2 kawan tuu cari lah sahabt dan di antara sahabat itu carilah teman yg sudi bersama kita ketika kita susah ataupun senang,,,..:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Tanggal 16mei

Assalamualaikum

kali ni saya akan menceritakan mengenai sambutan 16 mei yang di sambut setiap tahun.Kepada para pembaca sekalian tarikh 16 mei akan di kenang oleh setiap orang terutamanya golongan2 yang telah berjaya.Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Di antara objektif perayaan Hari Guru ini disambut setiap tahun ialah:
>>>" Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
>>>" Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
>>>" Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
>>>" Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
>>>" Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
>>>" Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
setiap tahun Hari Guru mempunyai temanya tersendiri dan tema-temanya sehingga tahun 2012 ialah:
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Jika seseorang itu pernah bergelar dan sya pasti setiap org tidak terkecuali dari merasai sendiri bagaimna sambutan Hari Guru disambut di skolah2
itu dia antara gambar2 sambutan Hari Guru di skolah menengah kebangsaan Mahsuri hehe skolah aku laaa sory kpada tuan2 gmbr nii sbb ambik kat google image jaa :D dan klau pembaca perasan laaa setiap tahun jga cikgu2 kita akan jd seorg yang pemalu mna x nyaaaa nak kena nyanyi lagu Hari Guru
depann ribuan pelajarr pulak tuuu huhuhuh x tauu laa perasa mereka masa tuu..
tp itu semua x menjadi penghalang kepada para guru kerana matlamat mereka hanyalah mahu menjadikan anak didik mereka berjaya suatu masa nanti. tp bg guru hari guru sudah menjadi tradisi para pelajar memberikan hadiah2 kepada guru2 mereka>>
tp bagi guru mereka bukan lah memrlukan semua itu semua yang mereka mahukan ialah anak didik mereka berusaha dalam pelajaran dengar pesan mereka supaya anak didik mereka boleh berjaya sehingga ke menara gading.
setakat ini sahaja untuk kali ini dan kepada smua orang ingat lah bahawa setinggi mana pangkat seseorg itu sekaya mna pon seseorang itu datang nya dari ilmu yg diturunkan oleh seorang guru ......TERIMA KASIG CIKGU JASAMU SENTIASA KAMI KENANG TERUSKANLAH USAHA MENDIDIKMU..
BY:syazwan930710

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

listen on9 langkawi fm

Watch live video from LANGKAWIfm's Channel on www.justin.tv

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Keliru



Di lubuk hatiku tersimpan
Ada rasa bimbang
Yang enggan ku ceritakan

Ternyata baru ku sadari
Sirnanya hatimu
Yang engkau simpan untuknya

*Aku cinta kepadamu
Aku rindu dipelukmu (di hatimu)
Namunku keliru telah membunuh
Cinta dia dan dirimu
Aku cinta kepadamu
Aku rindu dipelukmu
Inginku akhiri yang telah terjadi
Lamunanmu membawamu
Kembali...

Oh Tuhan maafkan diriku
Telah melangkah lugu
Memberi bimbang di hatinya

Ku tahu engkau telah berdua
Tak mungkin ku rasa
Melepas kasih antara kita

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Pergaduhan di stadium Hamsani dengan penonton

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Ajaibnya Tulang Manusia!



Korang tahu tak rangka tubuh badan manusia terbina daripada 206 tulang temulang merupakan satu seni kejuruteraan yang ajaib dan amat menakjubkan. Ia melindungi struktur tubuh badan yg melindungi organ penting seperti otak, jantung, paru-paru dan organ-organ dalaman manusia. Struktur tulang yang dicipta dalam badan manusia mempunyai kekuatan yg luar biasa. Contohnya, tulang paha dikatakan dapat menampung beban seberat 1 tan atau 1000 kilogram dalam kedudukkan 90 darjah.Sesuatu yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya tulang paha mampu memikul beban seberat 3 kali ganda berat badan pada setiap langkah.

Struktur dalaman tulang yang bersambung antara satu sama lain memiliki kemampuan pergerakan yang luar biasa. Ia umpama sistem perancah yang digunakan dalam binaan jambatan dan menara. Cuma sistem yang terdapat dalam tulang adalah lebih rumit berbanding rekaan manusia. Ia sangat kuat dan cukup ringan untuk digunakan dengan selesa. Manusia dapat bergerak bebas tanpa merasa sakit.

Pada bahagian-bahagian yg tertentu, tulang juga dicipta dengan bersifat anjal. Ini bagi memudahkan ia dapat mengembangdan mengecut bagi pergerakan udara masuk ke dalam peparu dan keluar darinya. Struktur elastik tulang juga mengalami perubahan. Contohnya tulang punggung wanita yang hamil boleh melebar dan renggang antara satu sama lain ketika saat kelahiran. Regangan ini berlaku untuk mengelakkan tekanan yang menghimpit kepala bayi ketika keluar dari rahim ibu. Sesungguhnya Allah maha pencipta sebagaimana firman-firmannya yang berbunyi,

“…Dan lihatlah kepada tulang-tulang itu bagaimana kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutna dengan daging…” (Surah al-Baqarah ayat 269)

Sungguh ajaib dan menakjubkan ciptaan Allah ini, bukan? Jadi kita perlulah sentiasa menghargai dan bersyukur serta berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat kurniaan yang diberikanNya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Papa I Love U full

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Tempoh tiga bulan kaji SBPA – PM

KUANTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata, skim baharu berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.

“Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di sini semalam.

Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Najib berkata, kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan.

Perdana Menteri baru-baru ini mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

Berikutan itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail berdasarkan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

AZEAN IRDAWATY MASIH HIDUP DIFITNAH MENINGGAL DUNIA

Berita kematian pun ada yang nak permainkan..terbaru selepas semalam kita digemparkan dengan pemergian arwah izwan pilus yang meninggal dunia petang semalam,hari ini berita tentang kematian pelakon veteran azean irdawaty pula tersebar..

Dan berita ini merupakan satu khabar angin yang tersebar meluas dilaman sosial..dan anak perempuan azean sendiri sempat memuat turun gambar azean irdawaty masih tersenyum dan bernafas di muka bumi ini…siapalah yang rajin sebar berita palsu macam ni..haish..manusia-manusia..

gambar azean irdawaty masih hidup

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Baju tempahan utk, blok, group, kolej kediaman, fan club, unit beruniform, class n mcm2 lagi.












kpda studnt2 ipts,ipta,kolej,matrk,politeknik,sekolah2,kelas2 dan sebagainyaa yang ingin membuat tempahan baju untuk blok, group, kolej kediaman, fan club, unit beruniform, class n mcm2 lagi boleh lah memberi design ataupun beri tema dan pihak kami akan membuat design untuk anda.Bagi plajar politeknik seluruh malaysia,katalog untuk desingn politeknik sudah pun di keluarkan.untuk tempahan dan pertanyaan sila pm saya,,,,:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Kebesaran Allah di Sebalik Tubuh Manusia

Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta’ala.
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud? Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.
Nama Allah pada 5 Jari Tangan
Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.
Bilangan Nama-nama Allah Pada Tapak Tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99.
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).
Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Saluran Udara Pada Paru-paru Membentuk Kalimah Tauhid
Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah ‘La ilaha illallah’ (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.
Perbuatan-perbuatan Dalam Solat Adalah Simbol Bagi Nama Nabi
Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku’ melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.
احمد = ا + ح + م + د = Ahmad
Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammads.a.w. dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.
Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu ‘Yang Terpuji’.
“Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: “Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)” …… ” (Surah As-Shaaf : Ayat 6)
Otak Manusia Dalam Keadaan Seperti Orang Sujud Dalam Solat
Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (Surah Fusshilat : Ayat 53).
Nama Allah Ketika Angkat Jari Telunjuk Pada Duduk Tasyahhud Dalam Solat
Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa. Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.
“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.” (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Majlis Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah Lee

Personaliti TV3, Ally Iskandar akan melangsungkan pernikahannya dengan penulis blog, Farah Lee sebentar lagi di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, Terengganu. Ini ialah gambar Farah sebentar tadi di Masjid Kristal. Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Close-up gambar Farah. Kredit gambar Twitter @milimilo

Kemaskini 9.33 AM – Suasana dalam Masjid Kristal menjelang pernikahan. Kredit gambar: Twitter @ellarif

Kemaskini 10.00 AM – Ally Iskandar selamat bergelar suami pada Farah Lee dengan 2 kali lafaz.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0