MAEL LAMBONG

MAEL LAMBONG
Sinopsis Penarik kereta profesional yang terkenal dari Jalan Alor hingga ke Jalan Ampang...
Lakonan Zizan Razak, Taiyuddin Bakar, Juliana Evans, Shenthy Feliziana

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

kesan radiasi telefon bimbit

salam

Ini artikel yang aku bru jumpa mengenai radiasi telefon bimbit.Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.
Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu. Soalan-soalan Lazim:
Apakah itu E.M.R? E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.
Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro? Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.
Adakah telefon bimbit membahayakan? Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit. Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.
Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap? Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit. Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.
Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah' Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.
Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia' Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA. (Sumber dari BBC News)
Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik. (Sumber dari CNN, Dis 2008)
Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden. (Sumber dari 'The Total Sweden News in English')
Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20. (Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)
Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit. (Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

rakan kawan sahabat teman

salam,

rakan kawan sahabat ataupun teman adalah memberi maksud yang sama.setiap manusia memerlukan kawan kerana kita akan bersama dengan kawan kita setiap waktu,,ketika kita di skolah kita ada rakan sekelas rakan sekelab dan apabila kita di rumah kita juga ada rakan kita iaitu ibu kita yang menjadi sebagai rakan yg paling setia.tp rakan yang sentiasa berada bersama kita ketika bangun jatuhnya kita susah untuk di cari.melalui rakan juga boleh bertukar menjadi sepasang kekasih tp ingat kekasih itu tidak mungkin menjadi rakan bla hubungan itu sudah tiada.kita perlu ingat orang yg boleh menjatuhkan kita ialah org yang rapat dengan kita.tetapi shabat jugalah yg bnyak membntu kita dalam pelbagai perkara,,oleh itu biar lah kita bnyak kawan dan dalam bnyak2 kawan tuu cari lah sahabt dan di antara sahabat itu carilah teman yg sudi bersama kita ketika kita susah ataupun senang,,,..:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Tanggal 16mei

Assalamualaikum

kali ni saya akan menceritakan mengenai sambutan 16 mei yang di sambut setiap tahun.Kepada para pembaca sekalian tarikh 16 mei akan di kenang oleh setiap orang terutamanya golongan2 yang telah berjaya.Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Di antara objektif perayaan Hari Guru ini disambut setiap tahun ialah:
>>>" Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
>>>" Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
>>>" Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
>>>" Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
>>>" Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
>>>" Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
setiap tahun Hari Guru mempunyai temanya tersendiri dan tema-temanya sehingga tahun 2012 ialah:
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Jika seseorang itu pernah bergelar dan sya pasti setiap org tidak terkecuali dari merasai sendiri bagaimna sambutan Hari Guru disambut di skolah2
itu dia antara gambar2 sambutan Hari Guru di skolah menengah kebangsaan Mahsuri hehe skolah aku laaa sory kpada tuan2 gmbr nii sbb ambik kat google image jaa :D dan klau pembaca perasan laaa setiap tahun jga cikgu2 kita akan jd seorg yang pemalu mna x nyaaaa nak kena nyanyi lagu Hari Guru
depann ribuan pelajarr pulak tuuu huhuhuh x tauu laa perasa mereka masa tuu..
tp itu semua x menjadi penghalang kepada para guru kerana matlamat mereka hanyalah mahu menjadikan anak didik mereka berjaya suatu masa nanti. tp bg guru hari guru sudah menjadi tradisi para pelajar memberikan hadiah2 kepada guru2 mereka>>
tp bagi guru mereka bukan lah memrlukan semua itu semua yang mereka mahukan ialah anak didik mereka berusaha dalam pelajaran dengar pesan mereka supaya anak didik mereka boleh berjaya sehingga ke menara gading.
setakat ini sahaja untuk kali ini dan kepada smua orang ingat lah bahawa setinggi mana pangkat seseorg itu sekaya mna pon seseorang itu datang nya dari ilmu yg diturunkan oleh seorang guru ......TERIMA KASIG CIKGU JASAMU SENTIASA KAMI KENANG TERUSKANLAH USAHA MENDIDIKMU..
BY:syazwan930710

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0